Salam..
Dah masuk bulan Augustttt~
Sekarang ni dah macam-macam perasaan yang ada dlm jiwa I nie.. Dari excited, berdebar-debar, happy, worry & macam-mcam lagi lah. I rasa benda ni normal kot untuk B2B. Huhu.. Takpe lah.. Hadapi dengan tenang semua yang datang. Kawal diri dan berdoa selalu supaya apa yang I lakukan, diredhai dan dirahmati Allah swt.. InsyaAllah.. :)
So, hari ni I nak kongsi sikit pasal proses dalam urusan untuk bernikah. Disebabkan I melalui situasi untuk bernikah di luar kawasan Selangor (I anak jati Melaka. IC pun ade kod 04), iaitu I akan bernikah di Putrajaya. Putrajaya tu pulak bukan area Selangor... So, agak rumit la proses nya.. Pada mulanya memang kita akan rasa mcm 'perghhhh! byk nya urusan!'. Tapi percaya lah, bila kita ikut proses yang dia bagi, insyaAllah ia akan menjadi mudah. Dan niat yang baik insyaAllah akan dipermudahkan.. :)
Ok. so I dah dapat document from my sayang. Settle dah pihak lelaki. Now I kena submit my side pulak... dah settle fill up, compile photocopy ic saksi wali semua... apa I buat semalam?
***Malam kelmarin I dah ke Mukim beranang, tapi agak lewat pasal ayahanda I lambat pulang terawih so kami tak sempat nak jumpa Mukim tersebut. So decide pergi esok.
***Esok paginya tu I, ayahanda & abang ... kami bertiga pergi, nampak pulak memo menyatakan Mukim tersebut meeting di Pejabat Hulu Selangor setiap Isnin & Khamis. PULAK?!! Hmm... abang I x puas hati dia call terus tanya di mana lokasi so that kami boleh terus ke sana. Ambil my sayang kat rumah & we all berempat ke Pejabat Hulu selangor di Bangi berdekatan Warta untuk jumpa mukim. Nak di jadikan cerita, Mukim tu hanya untuk endorse kita duduk kawasan tu which is I dont have the permastautin document!!! perghhh memang that time menyirapnya darah I, yelah suruh sangat I download the document from the website tapi incomplete. Ta helllll! memang I geram giler masa tu, luckily Mukim tu memang ada ready surat permastautin tu. Dia pun busy so dia cuma cop & endorsed the doc the rest I have to fill up later. Alhamdulillah. settle!
***Ok now kami heading ke Pejabat Agama untuk check document & nak minta briefing betul2 since my brother & friends pun bagi info tak lengkap.. ada yang kata no need to bring saksi, ada yang kata kena. Tak nak runsing & dah terlanjur kat area Bangi ni I cadangkan pergi minta info lebih details. So, sampai je di sana...confirm, I kena bawa saksi & only 1 document I tak compile kan... which is surat nikah parents untuk Wali nanti. Ok so dah ambil no penolong jurunikah Beranang ... settle!
***On the way tu try call en Jamaluddin rasanya kalau x silap penolong jurunikah Beranang tu. Dia kata if Taman Kesuma we have to refer at the Riching Hulu area. PULAK? hurmm ok fine, on the way to singgah di Masjid Rinching Hulu dapatkan no Penolong Jurunikah tu untuk buat appointment. Mula dial salah no, maybe risalah AJK tu bagi tak update. Next Risalah tu alhamdulillah manage to get the Penolong Jurunikah, Imam Talib. 10.30 after terawikh. SETTLE!
***And malam tu after keluar pergi beli Makeup for my hantaran, manage to see the penolong jurunikah. Alhamdulillah. tapi masa ni memang suspen giler, masakan tak... I dah terlambat dari KLCC - ALAMANDA 1030 sharp I sampai rumah everybody was there waiting...adehh, kena bebel ku pekakan sje terlinga. huhu Pulak terlupa nak buat photocopy surat nikah parents I...ahhhhh sudah! Apalagi I pun minta tolong my sayang pergi jap & hantar kat rumah tok imam tu. Macam superman my sayang, kesian dia. dari seorang yang cool, dia pun jadi kelam kabut macam ribut di sebabkan I... (perasaan bersalah menyusahkan dia tak abis lagi ni until today...hmmm) apepun I memang bertuah bakal bersuamikan dia sebagai suami I, sentiasa faham I, sabar & sangat toleransi. I jer yang selalu macam singa lapar sesuka hati nak berangin tak tentu pasal... (but I dah pun start berubah sikit2... he's gonna be my husband so I have to respect him) :(
So, settle dah endorsed untuk penolong jurunikah. Nest day my sayang have to submit to Pejabat Agama Bangi early in the morning. Imam tu pun ada brief pasal bernikah luar selangor tu...
Pergi Pejabat Agama tempat bernikah
- Untuk kes yang semacam I, I perlu menghantar borang ke Pejabat Agama Bangi. Selesai yang ni... I kena pergi JAWI putrajaya... Pihak Pejabat JAWI akan mengeluarkan satu surat yang menyatakan kebenaran untuk kita bernikah di Masjid Putrajaya tu. Masa ni kena bayar RM10 untuk proses..
- ni masih belum Setel~
***Lepas selesai semua ni boleh la ke Masjid Besi Putrajaya untuk book Kadi.
So, berakhir lah proses-proses tu. susah ke tak depends la kan :)
Yang penting kita perlu meluangkan sedikit masa untuk buat semua tu. InsyaAllah, kita akan dibantu.. Kalau ada sedikit susah tu, anggap je la dugaan.. Kita cuma perlu tabah je..
Setakat ni je la perkongsian ilmu yang I dapat kongsikan. Kalau ada apa-apa yang nak tanya, boleh la tanya.. :)
jangan selepas setahun tanya nanti lupa, lupa takpe lagi....takut Pejabat Agama tukar lagi presedur mereka... parahhh! hehe
P.s: I need to follow up on my baju nikahhhh... senyapppp je. hish!
xoxo