Monday, 25 March 2013

First priority is the mom: Normal or Nuts?

I'm not happy with my work, I'm not happy with wedding preps, I'am not happy with my personal life!!

I'm so fed up & pissed off. I don't feel like picking up his phone call today!

enuff said.

xoxo

Thursday, 21 March 2013

Hidup tak selalunya indah...

Alhamdulilah

ya allah terima kasih di atas apa yg telah engkau berikan pada aku... alhamdulilah bahagia sangat :) :) :)

CUMA....

Lately memang I banyak sangat fikir...terlalu banyak sehingga rasa berat sangat kepala... terlalu memaksa hati akibatnya makan hati hari2... so now I dah usaha dah doa tapi I tak tawakal tapi I cuba juga redha...

Terdengar radio sinar FM pagi ni.... katanya bila ditimpa kesusahan, musibah, kesulitan, kekecewaan... Ucaplah

~ Innalillah Wa Innalillah hi raji'un ~

"Ya Allah aku REDHA ketentuan mu, sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui segalanya..."

Hmmm ... I harap usaha dan doa dimakbulkan dan berjaya

Ya Allah aku berserah segalanya padamu

Semoga segalanya menjadi baik

Duhai hati tabahlah :(

xoxo

Thursday, 14 March 2013

Berakit rakit ke hulu, berenang-renang ketepian...

haha takde kena mengena dengan tajuk tu pun.

Nak di jadikan ceritaaa.... semuanya bermula bila ternampak iklan ni kt MyDeal...

Adehhhh I terjebak...

Bukan apa fikir2 balik, kalau dah semua benda cuba macam susah jer apa kata kita berenang. I know how to swim it just that I terasa nak memantapkan diri I... after this boleh la I jadikan berenang as part of my exercise, senaman yang tepat untuk membakar kalori dengan cepat. Menarikkkkkkk!

Sebab BERENANG adalah salah satu cara menurunkan berat badan yang tidak memiliki efek samping yang buruk bagi kesehatan kita juga merupakan satu aktiviti sihat yang boleh diteruskan sepanjang hayat. I believe I can loose weight dengan lebih cepat & mudah. Tak gitu?

haaa jadi I pun memulakan operasi survey menyurvey kat Acedemy tu... nama dia Piranha Swimming Academy

Me -As Salam. Hi sy berminat nk join ...boleh terangkn lebih detail pembayaran semua? & location kt mana yer? presint 18 or maritim?:)

PSA-Hello thank you kerana berminat. Pembayaran adalah mengikut pakej. RM60/sebulan kanak2, dewasa RM80. Pakej family sebulan RM330. Kelas buat masa ni di Maritim dan Apartment berdekatan yang ada pool. Office di P18.

Me -nk tnya ada tak jual atau sediakan swimming suit juga?

PSA-kita ada kerjasama dgn swim suit dari Turkuaz/Gulyn Alamanda. Setiap student akan dapat satu membership card yang boleh digunakan untuk dapat diskaun di Gulyn atau Akasia Travel and Tour.. Boleh add saya FB @hakyma maziah . Saya boleh tunjuk contoh koleksi baju swim suit saya beli di sana. murah dan berkualiti, diving baru2 ni pun saya guna Gulyn punya. Price range - RM119 after diskaun.

Haaa menarik kan? Tak la mahal sangat feesnya sampai above 100. Swim suit tu pun affordable. Yang paling penting dekat dengan ofis I di Cyberjaya ni.

Ok I akan register for next month punya classs... *sempat lagi menggoda bebudak opis ni kalau ada yang berminat kan? asyik karaoke jek...kita jadi ikan lumba-lumba lak dalam air..hiks*

Teach a man to fish, and he'll eat for a lifetime.. but teach a man to swim, and he'll continue living should waves come crashing down.

Ewahhhhh!! stay tuned!! hehe

xoxo

Tuesday, 12 March 2013

Pencarian OP masih diteruskan...

So far NikAizu Photography tu takde lagi feedback from my sister in law.. so I need to have backup plan. Jadi pencarian my OP for my wedding day masih lagi di teruskan. I dah jumpa a few... antaranya yang I berkenan selain NikAizu is Malaynea. Entry sebelum2 ni pun I dah shortlisted.... Tunggu nak finalise jer :)

I have emailed them for the quotation so kita tunggu feedback from them hokkay!

For the Malam Berinai - yang ni memang I kena cari lah, since package2 photography yang well known ni not provide for the event. Kalau ada pun they charge around 1K for that. So, no need I guess... I cari yang ala carte Shoot & Burn only.

I dah googled photographer yang bagus & biasa for Malam Berinai. Bukan apa, they know how to capture & which angle is best for the Baju Daerah kan. Senang rather than I have to think macamana nak pose semua. Leceh lagi pulak..hishhh maluuuuuu!! huhu

oh so far I considered photographer 'shoot & Burn' package from :-

Persona Fiza Bridal - RM499

Firdaus Mokhtar - RM500

Nak kena kumpul duit dari sekarang...tak mampu pun bayarlah sikit-sikit. I fikir takpe lah, I keluar my own budget... lagipun my wedding kan. tak perlu nak kedekut sangat. Once in a lifetime event pun :)

xoxo

Sunday, 10 March 2013

Stressnyaaaaa

LUNCH tadi I pi bantai lauk kenduri kawen ADDA & SYUKRI kawan sekolah beranang...

tapi sikit je pun sebab I dah reserved for my mom old time favourite lauk... pas je balik I tak tau kenapa mengantuk tahap gaban petang tadi... I gagal kontorol diri lalu tertidur... nasib baik setengah jam je dia boleh lena... lena yang berkualiti terusss I terjaga & tak boleh nak tido balik walau dah guling-guling... tak tau nak buat apa, tiba-tiba perut semacam memaksa I untuk ke dapur... jenguk kononnya...

yummeh! tengok meatballs dia tu, comel-comel belaka

Seperti yang di jangka I gagal sekali lagi kawal nafsu sebab mama buat Sup Tulang paling power abad ini... adesssss Nasib jugak la I makan sikit je tapi menghirup kuahnya yang lebey sebab memang tujuannya nak hirup sup tu je pun & jugak terfikir baik makan before 8pm. So pukul 6 tu just nice jela treat for Dinner :D

Huh tak dee takpe... jangan khuatir jangan stress nanti lagi down & metabolisme juga down...

pukoi 10pm mama buat bihun sup, rasa gak lagi...last kopek..OK mama, this is not very helpful in a way hokkay. Daku pasrahhhh

set in mind, this gonna be last weekend (hari pelepasan nak makan semua la konon.. akekeke) pasni kena ikut aturan hokkay!

xoxo

Farewell Pak Kurnia ~ back to Indonesia

We celebrate pak kurnia farewell by POTLUCK party... Pak kurnia.. seorang yang baik hati tidak lekang dari senyuman. Always greet people. oh ye, bukan berhenti kerja cuma contract dia dengan RASO supply dah taman so he has to go back to Indonesia. And dengarnya bininya memang tak nak duduk sini nak pulang ke Indonesia... bagus lah tu. Iye lah tak kita tak orang, macamana bagus pun bagus lagi di negeri sendiri... :))

And everyone has to bring their own dish... yang tak aci nya orang yang plannya tu bukannya nak bagitau awal2...alih2 nama kita tersenarai & all the dessert dah ada yang cop dulu... haih tak puas hati betul... kakak-kakak yang mana dah kawin pulak tu yang cop. patutnya kami2 yang single ni la patutnya kena amik senang2 punya dish... grrrr! Tapi tengok pun semua macam jenis yang masak kat luar punya type...kiki jangan mare tapi nak mare pun takpe dah memang kenyataan pun kot... huhu

Gigihla I ni bangun memasak Ayam masak lemak cili api pukul 6 tatkala orang sedang lena di buai mimpi lagi... siap2kan barang semua... mama bangun tolong 630am selesai je solat subuh. Kuah agak tak cantik sebab mungkin api dapur terlalu panas...but still tak lah teruk sangat taik minyaknya, rasanya pun kompem sodap! hehe

Haru di buatnya bangun awal pagi mengantukkkk nasib jumaat so feeling-feeling jumaat kenot mengantuk hokkay... esok cuti boleh rest sepuas-puasnya...

so majlis berjalan dengan lancar... pak kurnia di hadiahkan Jam Tangan ALBA. cantikkk... :)

To pak kurnia, Till we SEE YOU AGAIN & till then we STAY IN TOUCH yea!!

xoxo

Friday, 8 March 2013

DARE - Happy Women's Day!!!

Dare to be great
Dare to be bold
Dare to challenge
Dare to take a leap
Dare to be the person you were meant to be
Dare to do something that no one has ever done
Dare to reveal yourself fully
Dare to ruffle some feathers
Dare to TRY
Dare to tell your story
Dare to Love
The future belongs to one's that DARE.
HAPPY WOMEN'S DAY to all beautiful women in the world!!!
xoxo

Thursday, 7 March 2013

Losing 2.5 Kgs in a week...

As salam , semalam I timbang berat dan dapati berat I telah berkurang sebanyak 2.5 KG in a week! OK la tu kan?? :)

I step up exercise and cut down on calories. Memang I sekat pemakanan & I mesti ambil Quaker Oat everyday morning or standby whenever I lapar. Bila lapar I makan if not I buat tak layan jer... banyakkan minum air masak. There are 5 step I do:

1. Zero Sugar: Take absolutely no sugar in your coffee/tea. It will feel very weird at first (since these 2 weeks pergi kedai selalu order air suam, healthy way). But gradually you get used to the taste. Take no sweeteners too. Just plain coffee/tea with no sugar at all. Actually I dah tak minum any caffeine as such Nescafe ke apa...only teh tarik (itu pun I made my ownself, I used Nespray powder milk with less sugar) because I cannot stand for not having it everynight. Memang dah rutin having teh tarik with mama ayah!

2. Minum Green tea: If I feel a strong craving to drink something, I make it green tea. I get plenty of flavors of green tea at any super market. Green tea is said to have a lot of anti-oxidants. Bagus & patut amalkan selalu.

3. Exercise 45 minutes on 120x skipping, 30x sit ups, 10mins cycling & 30x bumping. There is no excuse for not doing it every single day. Even if your body protests and groans, push yourself and do it...

4. No to sweet drinks or fried food: This was super hard for me as I do really really love and enjoy my drink! I gave up totally sweet drinks and take very less any kind of fried food.

5. Drink a LOT of water. Memang asyik ke toilet lah alamatnya tapi I gigihkan juaaa...huhu

So, another 18 more kilo's I need to reduce...

Motivational Pictures

P.S: Semalam tengok citer hindustan lovey bodyguard. Kareena kapoor berlakon, perghhh I memang admire dia...body memang meletop. Lagi bersemangat I nak loose down my weight tau!! Hmm.... wish me luck eh?

xoxo

Wednesday, 6 March 2013

Merajuk lagi...

Rabu, yakni hari ini. I tiba-tiba jadi sentap habis. I know why... sebab I rasa kebelakangan ni en tunang agak meminggirkan I... ke I jer yang rasa macam tu?

I boleh fikir it's not that dia pinggirkan I cuma dia mungkin rasa agak tension kebelakangan ni perihal wedding kami, dengan wedding venue & so on... dia pening kepala & tak mau fikir dengan keluar berpoya dengan kawan baik dia si Tabby. I boleh faham tapi ada ketika memang I perlukan dia untuk I bercakap-cakap & berbincang dalam hp, kekadang bukan sebab tu cuma I memang suka on the phone dengan dia even kalau we all tak cakap pun .... it makes me feel more release... hilang tension tu. Tapi dia seakan tak faham tu semua... susahnyaaaa

Baru sekejap tadi dia call tapi I pulak buat tak layan... sebelum dia hang up the phone dia tanya :

Him :"ayang nak bayar ke I bayarkan duit kereta?"

Me: "Hmm tak tau laa..."

Him :"Kalau nak I bayarkan...."

Me: "takpelah I buat, I singgah bank in je masa balik nanti"

Him : "betul? hmm...k, ermm ayang ok? kenapa suara tu... macam tak bermaya je, hmm?" melting dah dengar dia cakap macam tu tapi keraskan hati jugak...

Me: "I takde apa-apa,"

Him : "Betul ni...kenapa cuba cakap dengan I"

Me : "takde pape lah, okla nanti I call you..."

Him : "Erm k la..." dengan nada kecewa

Hmm sedih pulak la I... (tengok, cepat lembut hati tapi sampai hati pulak nak merajuk-rajuk selalu...huhu)I knew him, mesti sekarang ni dia tak senang duduk kalau I jadi macamni (else kalau dia tak ambil kisah I merajuk macam yang dia mentioned sebelum ni...) tapi selalunya dia MEMANG akan call balik eventhough dah warned macam tu... kekeke

x caya kita tunggu eh? lol

Entahla, mungkin impak wedding tu yang buat kami rasa lemas rimas... perasaan I memang berkecamuk, bercampur baur, confuse, fed up pun ada... tapi I think wisely & positively, macam-macam hal dah sayang & me go through nak sampai ke peringkat ni... tak mungkin I nak stop separuh jalan.

Semoga Allah memberi kami lebih kesabaran untuk menempuh cabaran lain lagi... *sigh*

Takpe lah I just need a space at this moment, later on dah sejuk I call him back...

xoxo

Start menDIETkan diri - I'm the re-Atkiner

Hehe. Terkejut? Ya, sekarang ni memang I sedang berdiet.

Berat semakin bertambah dan terus bertambah. tak leh jadi ni. kene diet gak. I got 5 pasang baju tersayang yang agak sendat mendat okay... Obviously memang dah macam.. erm.. overweight. ahahaha.. berat badan naik, muka membolat. Lengan terkeluar terkeluar dah. Muka masih maintain mulus cuma tak gumbira pasal fenin dengan my weight! Tak leh jadi ni... kene diet jugak.

Frankly speaking, gemuk itu sememang & tersangatlah hodoh & tidak berkeyakinan! huh Serius memang kalau kita puton weight terus macam hilang keyakinan diri ni... cannottttt I have to start to be attractive again!

Bermula dari tarikh hari ini 4/02/2013 I dalam mood diet! sekarang hati ini dah betul-betul bertekad nak kuruskan badan untuk jadi FIT & SIHAT! dah tak nak membazirkan masa lagi, macam dulu, mula-mula berkobar-kobar semangat nak diet semua, tapi lepas 3 hari mula lah nafsu tergoda nak makan nasi, fast food dan sebagainya, kejap on kejap off akhirnya menyebabkan diet kelaut! I can say kadang2 ada masanya azam tu tak kuat, I makan jugak benda2 yang I nak and of courselah benda2 tu sume MENGGEMUKKAN. Eg, aiskem, KFC, dan segala lauk-pauk berminyak yg sangat2 senang utk dicari kat Malaysia nih. Tensionnnn...tetiba jadi berkobar2 pulak nak nyambung diet..gitu lah I ni. Terus terang, I memang rasa penat betul nak layan diet-diet ni.

So I dah start pantang nasik this week!!! Kalau ada pun sesudu dua menyebok bila mama tengah menyuap..hihi Nak hilangkan rasa rindu. Diet pun diet tapi jangan sampai seksa badan...kadang-kadang we have to reward ourself bila-bila our kilo turun ke apa. Tak semestinya kita tak boleh makan langsung ok... haaa pakar nutrisi kita mula daaah! hehe

Ni semua terjadi selepas bermuhasabah diri, pandang diri sendiri dalam cermin, baru lah tersedar diri, buruknya badan gemuk nie, lemak berlipat-lipat sana sini, nak pilih baju pun susah :( bayangkan I baru 27 tahun, tapi berat badan dah macam mak orang yang dah beranak 8 orang. 74kg! OMG! dah lah I nie jenis pokok-pokok sederhana rendang 160cm sahaja, bayangkan lah bertapa gempalnya dengan ketinggian macam tu. En tunang pun dah start panggil I bam bam..adehhh tak sukeeeee!

So akan start minum Nutrition food yang I beli tapi lama tak minum tu memang really effective, sebelum ni I took 1 week I can loose weight until 5kgs tau! Amazing bukan??? hehe (nak jer start macam2 halangan, x sihat lah itu la ini la, this one we cannot take under medication sebab takkan effective, so dari duit melayang macam tu je baik kita tunggu sampai betul2 body kita dah sedia :)) I dah start exercise 1 hour early in the morning, heavy bfast, skip my lunch & take dinner before 8pm & last supper at 10pm (minum-minum only) itupun memang dah jadi habit kena teman mama ayah minum & berborak2 ;)

erm erm... I have around 5 months including Puasa month to get slim down before the Big Day! kita tunggu lah until my wedding hokkay... Ya Allah permudahkanlah... :)

YAKIN BOLEH!! yeahhh bebeh! ;)

xoxo

WED's Review : OV... yes or no? YES!

A lot of people these days spend a lot of money and effort in planning their “dream wedding”. It is no laughing matter as even the simplest of weddings in KL can cost a considerable amount of money. It is also no wonder that more and more people, myself included try to go the extra mile to find deals and cheats to extend that limited budget. Yelah siapa yang taknak ada something memorable moment yang boleh kita tengok sampai ke tua nanti, pengalaman manis yang tak mungkin berulang lagi...

Hmm to be frank, my initial wedding budget did not include provision for a videographer. Seriously memang takde budget on this infact en tunang pun kata no need lahh... lelaki kan, sesimple yang boleh & selalu tak ambil port benda2 macamni. But for me, I have too... x kira. I nak juga ambil. hehe

So, my initial market survey showed that the cost of hiring one was rather prohibitive. Coverage for one event would easily go into the 4 digits and I had 3 events to cover! Maigad, boleh imagine tak? berapa dah nak kena spend tu... fuhh *lap peluh!* So I initially settled to just hiring a photographer instead. At the back of my head, I always thought of how cool it would be to have a wedding videos like the cool ones you see on youtube. Also, being a fan of the arts, I had planned quite a number of performances for my reception and it would be of a shame if I couldn’t have all that recorded for future viewing.

Jadi, dengan gigihnya I survey dan email quotation price untuk khidmat OV ni. So these are the list of my potential OV :

~The Moment Republic~

1st choice sebab tengok hasil kerja mereka memang mengagumkan & setanding dengan LH Media which memang tak mampu mak nak hire..huhu)

~The HR Phodeography~

RM1300/event

RM2300 / 2 event

~Pencerita Cinematography~

Pakej Videography Rm2500 ( Nikah + Sanding )

Pakej Photography Rm2000 ( Nikah + Sanding )

Video item :

-2 dvd nikah

-2 dvd sanding

-1 dvd montage

Photo item :

-10x24 custom album/story album

-2 custom frame with 12r photo size

~iMoments Videography~

Full One Event Package: RM2000

3-6 minutes highlight reel with music

3-5 minutes best wishes from family and friend

3-5 minutes interview with bride and groom

2 cinematographer

15-20 minutes edited coverage footage

Professional colour grading

1 copy of compressed DVD video of all highlights (playable on DVD player)

1 copy of uncompressed DVD dataof all highlights (playable on PC only)

Custom designed DVD cover and overlay

footages in high definition (HD) quality

All raw footages are available on request

~Le Televisio~

Belum tengok hasil kerja mereka & I have emailed them but no reply lagi

~LUEY MOTION LAB~

Belum tengok hasil kerja mereka & I have emailed them but no reply lagi

~Hora Horey Filmmaker~

Belum tengok hasil kerja mereka & I have emailed them but no reply lagi

~WIRA | VISUALS~

Belum tengok hasil kerja mereka & I have emailed them but no reply lagi

~Dosh Productions - affordable price!~

Broadcast camera 1

camera tripod 1

cabling

editing

wedd clip

DVD Master copies 2 set

RM 900.00

TERM & CONDITION

1. 50% Deposit will be required upon confirmation of job.

2. 30% an actual day

3. 20% after delivery of products

4. Deposit to be bankin to CIMB acc DOSH COMMUNICATIONS 12370000720108

So far memang I consider sangat-sangat The Moment Republic. Cantik video & pemilihan lagu yang ohsem. Ingat nak buat appointment so I can negotiate the price (kalau boleh & mereka baik hati laaa). Mulanya nak untuk nikah jerr pastu mula lah nafsu menguasai diri nak sanding, bertandang bagai... adehhh

Takpe, meanwhile I can just keep on looking for a videographer lagi mana tau ada yang lagi ok kan?? :)

Yoohoo OV, where are you? ;)))

xoxo

Kawin dan tanggungjawab

KAWIN.

semua orang nak kawin. cuma cepat atau lambat masanya. tapi sekarang ni banyak pasangan yang muda-muda dah berumahtangga. sweet je I tengok. kadang-kadang tu bila tengok diorang kawin perasaan nak tamatkan zaman dara tu memang membuak-buak je rasanya. Bahagia je tengok especially bila dah nak dapat baby, rasa macam jelesnyaaaa...nak kawinnnnn jugakk! huhuuhu

tapi, bila dorang kawin dalam pringkat umur muda ni, Ada yang suka begitu sebaliknya. yang tak suka tu selalu cakap 'tak enjoylah kawin muda ni' 'bolehlah kawin muda, anak orang kaya' dan bla bla bla.

ENJOY ? hurmm..kalau kita dah berkawin memanglah kita tak boleh nak berhuhahuha sesuka hati dan sesedap maggi cintan perasa kari masa kita belum kawin dulu-dulu. Kita perlukan kesabaran tahap maksimum boleh. Banyak benda perlu di ambil kira, jaga maruah dan hati juga perasaan suami kita, mak pak mertua kita. tapikan, tak salah rasanya kita ajak husband kita join skali masa kita tengah enjoy ngn member-member kita. lagi best apa !

SENANG. bila kita dah kawin, kita rasa tenang je. sebabnya orang yang kita sayang dah ada kat sisi kita. even bukan 24 hours, yela kalau 24 hours ada dengan kita alamatnya takdelah kepsi, mekdi, kenny rogers yang masuk dalam perut kita. kihkihkih. kita dah boleh tarik nafas lega sebab kita dah dok serumah, sebantal dan sekatil dengan dia.kiranya hari-harilah kita mengadap muka dia. pagi petang siang malam kita tengok muka dia.

Tempat untuk mengadu... bila kita ada problem, kita boleh meluahkan segala-galanya kat husband kita. And dia pun mesti akan bagi kata-kata semangat tak pun nasihat kat kita.

masalah duit ? yup. kalau nak kawin ramai orang cakap kewangan kena kukuh. betul ! kita mesti ada kewangan yang kukuh. tapi kita boleh pe kayuh pelan-pelan. Sebab orang tua-tua dulu selalu cakap start je kita kawin mesti ada rezeki dia, bila ada anak rezeki akan ada jer... and so on. Macam ayah & mama. Walau susah tapi boleh jer besarkan 8 orang anak sampai berjaya walhal gaji seciput. Ayah kawin dengan mama masa tengah susah. Kerja askar melayu mana lah senang, kewangan tak kukuh pun. masa tu mereka duduk kat rumah panjang je tepi laut, ayah masuk hutan. Sebulan sekali balik. Untuk membesarkan I adik beradik sampai lah anak dah meningkat besar & bekerja baru la kami dapat senang sikit. Semuanya bergantung pada effort kita sendiri sebenarnya. Besabarlah ada rezeki Allah bagi provided kita kena usaha :)

Harap2 pada usia 27 tahun dapat menamatkan zaman bujang (december 2012 aritu baru je masuk 26 pun... heheheh awet muda lah kiranya kalau ikutkan), I think 27 is best age to get married... mama & kakak2 I kawin awal, mungkin seru tu sampai awal...we never know :) As for me, kawin pada usia tersebut lagi afdal pasal x terlalu tua n muda.... sedang2 lgpun keewang belum utuh, tiada simpanan coz dah beli kereta dulu heheeh. Tapi paling penting I nak perbetulkan diri dan sempurnakan apa yang sepatut disempurnakan....moreover umur 27 I dah dapat rasakan I dah betul-betul matang nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. sungguh mdalam maksud 2!!! Sebenarnya I dh letih nak menginterpretasi soal hati dan perasaan ni....sekarang ni I lebih suka nak banyak diamkan diri, dh lalui mcm2 perasaan.... so,for this moment I lebih senang untuk put my all trust towards HIM!!!

xoxo

Tuesday, 5 March 2013

Plan ahead... Daku Pasrahhhh

Tajuk pun dah cukup bagi kesedaran kat I ni haa. Tak tau nak cakap aper dah.

Dah la macam dah jatuh hati kat Carcosa tu. Tapi 15hb sept penuh ada pun 16hb isnin which is CUTI sempena Malaysia day (tapi ada ke yang buat kenduri kawen isnin??).... wuuuu...I pon sedih.. walaupun bukan majlis my side but still I rasa sedihhhhhh sangat. Pulak tu dewan-dewan gah di Putrajaya ni juga tak yah cakap la kot, memang semuanyaaaaaaaaa full booked. The wedding planner cakap kalau nak dia carikan any Hotel nanti for them. Eeee takde ke yang leh adjust2 tibe2 buat miracle ada tak? eh?

Pastu jenis manusia cam I ni plak, kalau dah suke yang 1 tu, memang nak 1 tu je. Tak boleh nak alternative lain. Susah kan manusia jenis camni. Manusia CAPRI memang macam ni kot :p

Hoping for this one person, the wedding planner ERIN (kawan masa kecik adik my sayang & family). Harap sangat dia dapat buat miracle. Meh berdoa sama2 jom. Sanggup ajak semua orang kalau dapat Mansion yang I nak sangat tu. Heeee..

So, there goes B2B, plan your wedding ahead. At least 1 year before your date. Sigh. Sedih la. Nak nanes.*wipe tears* Plan wisely. It's ok to be fussy, after all that gonna be your wedding, not anyone else. Being fussy is not mean that you are bossy, but it is your satisfaction that you gonna cherish forever :)

Hmm takpe lah, apa pun kita tunggu keputusannya pada sabtu ni... dengarnya mertua I nak discuss further dengan wedding planner kat Carcosa tu. Second choice is Maritim, Putrajaya. Oh well we see how it goes.

Kalau ada rezeki ada lah... kita berserah pada ALLAH... :'(

xoxo

Another BABY on the way, at last!

Puji syukur Alhamdulilah, pagi ini I terima kabar menggembirakan dari mama. Sangat teruja nak dapat anak buah baru yang di nanti-nantikan...dalam gembira tiba-tiba timbul kerisauan jauh di sudut hati ni, tiba-tiba timbul perasaan macam tu... sebab I mula terfikir kehidupan I esok nanti sebab mama & ayah side dua-dua ada yang takde anak... ada cakap kat mama pagi tadi, mama cakap jangan risau insyaAllah anak-anak mama subur.

Lagipun selalunya pasangan yang tidak di kurniakan anak orang dulu-dulu kata mungkin bukan jodoh mereka "panas" kalau kawin dengan orang lain pasti ada anak. Ermmm boleh percaya ke mitos tu? Ke mama cuba nak tenangkanku? HISH mintak simpang, semoga di jauhkan Ya Allah! *hish tak patut betul berperasaan macam ni, suka nak fikir bukan-bukan!!!* Itu semua urusan Allah, Wallahualam kan?

Anyway, back to the story, kakak I (kakcik) ternyata tengah mengandung... seronok tengok orang mengandung, beranak pinak..haha..serius! Ahad aritu dia ada mentioned yang periodnya agak lewat bulan ni... kami pun taklah expect apa-apa setelah anak pertama mereka Yaya 9 tahun macam sunyi jer, tak sangka rezeki menyusul tahun ni... Penantian & can say percubaan yang tak sia-sia..hehe

hmm kalau macam tu mungkin hujung-hujung tahun juga lah deliver nanti...jadi macam si areesya bulan 28 december & I 30 december. 2 hari je selangnya tu... WELCOME BABY!

Alhamdulillah kakcik... intan & fairuz tumpang gembira.. jaga diri & baby baik-baik ;) semoga Allah permudahkan segalanyaaaa...

"Sepanjang mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis" Alangkah bertuahnya insan yang bergelar IBU,MAMA,UMI,MOMMY,MAK ni....

Note* tak sabar nak ada BABY sendiri... ;)))))

xoxo

WED's review : Hantaran

Tak perlu mukaddimah yg berjela. I cuma nak review fasal hantaran kahwin ni nanti...

So, nanti hantaran yang kedua belah pihak setuju ialah belah lelaki 9 dulang berbalas 7 dulang. Nanti nak kena discuss lagi dengan bakal mertuaku list barangnya senang nak deco. Dah ada dah list nya tapi I terlupa nak copy ...adehhhh takpe lah kasi mertua finalise betul-betul barang apa... masih ada 4 bulan before my wedding *gerunnnnn*

Okeh, jom review picas deco hantaran & kaler apa yang sheshuwai... hmp!

Modern COLORFUL
Rich RED
Lovely LILY
Pure CREAMY GREEN
Sweet CREAM YELLOWISH
Gorgeous CREAMY PEACH
Last, mesti nak riben macam ni untuk kesemua 9 dulang tu nanti... kena beli riben or kain & brooches :)

*Source GOOGLE*

Heary ye! Hear ye! cantek x kan? cantek kan? kankankan? InsyaAllah... Ya Allah semoga kau permudahkannnn... amin!

I tengah nak survey-survey mana vendor yang boleh bagi good offer untuk fresh flower (gedik nak jugak survey, tak tahan tengok ke cantikkan bunga fresh flower tuuu) memang cantik tapi kalau di fikirkan balik agak cerewet sikit. Dah la nikah pagi, kalau nak fresh flower you have to start deco the flower at 4am ok, jadi jangan nak seksa orang & jangan cari pasal DEE oiii!

Hmm so far dah jumpa satu vendor ni, dia do for artificial flower 9 dulang RM300 (kalau both side RM500 = 7 + 9 dulang) + (RM5/pcs - alas cermin untuk dulang macam arma couture wedding tu) Cool kan? Bagus dah offernya tu kalau nak kira beli barang bunga itu ini itu ini ...maun nak dekat 300 jugak, nak deco lagi... so kita tak perlu buang masa hokkay!

Note* Pening memikirkan tentang hantaran kahwin!

xoxo

Monday, 4 March 2013

WED's review : My Official MAK ANDAM :)

yeeeeehaaaaa.... Im lovin it!

Suka... sukaaaaa sangat sebab finally I dapat jugak Andaman dari butik MAMA ROY bertempat di Medan Mara! Yup 'mama' nama panggilan dia. Suka kat dia sebab dia Mak Andam yang sangat cool & paling penting tak berkira... kalau ambil package dengan mama, apa sahaja kita request dia akan bagi, no problem cuma cukup ruang ke tak nak deco-deco itu semua.

YES sebelum ni memang I dah booked kat one of the Bridal Boutique kat area Melawati. Hmm di pendekkan cerita kami sekeluarga berpakat untuk cancel Orange Bridal Boutique (my previous entry : Mak Andam ku) sebab layanan yang agak sarcastic & sangat berkira. Dah la tu, i investigate Orange Bridal sudah berkecimpung dalam business ni since 2002, but I can say peralatan kurang lengkap, penerangan kurang jelas & ada HIDDEN CHARGES. Mulanya offer RM3400 macam ni, tapi bila we all tanya all the arch thingy pintu gerbang biasa (besi ada lilit daun), karpet jalan tu & walkways tu sahaja dah cost me RM600 which is tak termasuk dalam package (AND WHICH SUPPOSEDLY BEFORE QUOTE US THE PRICE dia kena masukkan dalam pakej tuu)so total is about RM4K. wow giler nyah over budget mak hehe terkejut beruk tapi macam biasa we all maintain lagi. We negotiate the price patiently.

But the worst part yang kami fikir2 balik sampai tak boleh terima is ... masa my dad nego tu dia boleh keluar statement macam ni "boleh kalau nak harga kurang tapi kalau ada juga terkurang saya minta maaf yerrrr... " perghh agak kureng ajar ayat tu... apa dah ramai sangat customer dia kot sampai tak hormat we all as her customer? takpe...takpe... hmm boleh jalan dengan wedding package yang dia offer tu, kami memang taknak teruskan business dengan orang macam tu, biar kita rugi deposit RM300 tu rather than we pay RM3800 untuk bad servis macam tu... huh!

As a customer we have the right to negotiate betul tak? although I am going to bargain your wedding package doesn’t mean I can’t afford to pay. Well, i'ts normal if we bargain 1st then pay as a part of buy & sale activity. Setuju? haih ni la manusia... *rolling eyes*

So uols, back to mama roy wedding package things that include in the package RM3xxx tu...

~Pelamin (3,5 panel pun tak kisah, lagi untung kalau buat kat dewan dia bukak besar uuu, muat atau tak jer tempat tu... i loikeee)

~Baju Reception (Songket Baru)

~Baju Persandingan malam berinai L&P (Tema melaka-sanggul lintang)

~Baju persalinan daerah - Jawa LP, India LP & Jepun P

~Makeup 2x (Malam Berinai & Sanding)

~Hand Bouquet x2 (Fresh Flowers)

~ARCH - Walkways, Pintu Gerbang, Karpet, etc

~Hiasan Meja Makan Beradap

~Bantal Nikah, Payung, Bantal Tangan, Merenjis,

***FREE Baju LACE x1 (Untuk majlis bertandang)

Deposit telah pun di letakkan RM500. Yeayyy!

Cool tak??? cool kann...?? So next step is to choose pelamin & deco (TRADISIONAL,MODERN or CONTEMPORARY), desire design baju sanding & accessories & lastly fitting.

Alhamdulillahhhh syukur padamu YA ALLAH. Akhirnya termakbul doaku untuk dapatkan mak andam mama roy... :)

So sekarang ni sesi survey menyervey design pelamin & baju yang I desire...

*sengih sampai ke telinga*

xoxo

Friday, 1 March 2013

My Officially Wedding Gown... Yeay!

Mulanya nak survey mak andam... boleh pulak la terjumpa wedding gaun ni... the dress I tell you, memang memukau tapi kan tak tau la betul exactly as awesome as picture tu... Mulanya I nak sewa sahaja tapi harga sewa dengan beli cuma RM150 different. Fikir punya fikir I pun decide untuk beli coz I boleh sewakan pada any bride to be yang lain.... paling tak pun kalau I malas I boleh cuba jual di butik perkahwinan... InsyaAllah mesti boleh kan? *mula la nak berbisness pulok* huhu

Apapun I dah letak payment for this gown a bit expensive but worth it kalau betul sama macam dalam picture tu... so now cuma perlu tunggu gaun sampai another 1 week...

cepat ke? Hmm ikutkan ni pun dah bulan berapa... another 5 months more, tak lama je masa tu... baik prepare awal2. At least if dapat nanti tak cantik or less labuci ke apa boleh pegi tambah kat melaka baru 70 hengget untuk labuci sarat tuuu... huhu

So PERKENALKAN.... my official wedding gown...

Tantik tak??

Tak sexy sangat just nice... ala2 romantika de amour!

wohooo... I can foresee mesti cantik malam potong kek tu nanti... hmm

ok settle untuk wedding gown. Dah malas nak survey apa2 lagi, dah kena stop bagi mengelakkan pembaziran.

till then

xoxo

Family Dinner - DATE dah di tetapkannnn

Sampai je kami di sambut mersa oleh family pihak lelaki (normally asyik menyambut kali ni ayah cadang nak datang rumah dorang plak..huhu)

so guys at the dining room, kami para perempuan di living room ...bercerita tot tet tot tet... sampailah ke tajuk masuk ke tajuk yang nak di bincangkan tu... after further discussion & consideration...

Yup, date telah pun di tetapkan pada tanggal :-

Pihak Perempuan

29 August 2013 - Pernikahan

30 August 2013 - Persandingan Malam Berinai

31 August 2013 - Persandingan Besar

Pihak Lelaki

15 September 2013 - Persandingan

Kad Kahwin - buat sekaligus dua belah pihak Duit Hantaran, Nikah, Dulang Hantaran, Barang Hantaran yang kebanyakannya di sponsor oleh mama aka mertua I...yahoooo! Alhamdulillah... murah rezeki! aminnn

Akhirnya.... capai kata sepakat & perjanjian telah pun di buat, so boleh la mulakan mencari apa yang patut :)

Ada few list lagi .... antaranya plan nak ke Jakarta bersama mertua & etc. Lots of things kot kena figure out ni & fullfill *worried sudah*

Mudah2an di permudahkan Allah S.W.T

Aminnnn...

xoxo