Wednesday, 15 May 2013

Cepatnya masa berlalu... kan.. :'(

Terfikir I akan bertapa cepatnya sekali masa itu berlalu. Bila melihatkan kad-kad jemputan kawin yang dibuat melalui FB, penghantaran di rumah dan sebagainya membuatkan kadang-kadang I merasakan bahawa inilah dia kehidupan putaran alam... we grow up, growing & grow old... hmm

Lebih teruja apabila merasakan ianya sesuatu yang berada dalam mimpi ataupun I sedang melihat sebuah filem yang panjang... yang mana I tertunggu-tunggu kesudahannya... which is memang tak la, we definitely dont know what comes future kan. :) Bayangkan, kawan-kawan I di Maxis dulu yang dulunya single mingle, sibuk mencari gf yang tak kunjung tiba... enjoy sana sini but now mereka-mereka itu telah pun bertemu pasangan masing-masing dan kelihatan bahagia sekali... MOOD BUNGA BUNGA CINTA... huhu I feel so happy, tak terkata...

Namun, itulah yang I katakan tadi, bagaikan tak percaya pulak kawan-kawanku kini bakal bergelar seorang suami dan mempunyai tanggungjawab yang besar selain mempunyai bahtera masing-masing untuk dilayarkan. oh rinduuuuuunya masa dolu-dolu kami bersama!

Itu soal yang baru berkahwin dan membuat jemputan. Jika dilihat lagi, kawan-kawan sekolah rendah I, ramai diantara mereka yang telah meletakkan gambar-gambar anak masing-masing di wall FB. Seolah-olah mereka kini jauh lebih dari sebelumnya. Bukan sahaja sebagai suami, tetapi kini sebagai seorang ayah/bapa kepada seorang kanak-kanak. Allahurobbi.. Cepatnya masa berlalu... Dulunya mereka-mereka ini adalah kawan yang duduk melepak sekali, tapi kini telah punyai keluarga dan perlukan perancangan yang baik untuk memeta halatuju keluarga masing-masing. Itulah yang membuatkan I kadang-kadang seakan tak percaya pulak sepantas ini masa berlalu...

Bagi bulan depan JUNE 2013, kawan lama I di Maxis bakal mendirikan rumah tangga, dia ni baik orangnya malah ada pernah dorang nak kenenkan kami tapi I dah ada BF masa tu, lgpun memang tak feel la kami cuma sekadar kawan je boleh... dorang memang kuat mengusik, so memang tak masuk kat hati pun. Anyway tahniah my friend... semoga bahagia dan berkekalan hendaknya. Begitulah cepatnya masa berlalu. Tau-tau saja I dah menjangkau usia ke 27 tahun. I pun semakin tuaaaaaa, oh sedihnyaaaa! :(

Insaf I akan firman Allah dalam surah Al-Asr(ayat 1- 3)"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Masa akan meninggalkan kita sekiranya kita leka dan alpa. Justeru itu, marilah kita memperbanyakkan amal kita untuk bekalan kita bagi bertemu Allah S.w.t di destinasi kekal kita - Akhirat- ,, Insya Allah.

xoxo

Monday, 13 May 2013

K.K Home Deco - dapat free membership!

Kemainnnn ayat supplier kat nilai ni... huhu

Oh K.K Home Deco ini ceriter... masa I pergi tengok wayang IRONMAN dengan my sayang, right after that kitaorang heading to NILAI 3 @ KK home deco atas arahan mama mertuaku. Pasalnya we all nak purchase Treasure box untuk my sayang side punya doorgift.

Sambil2 tunggu mereka packing the boxes, I pun jalan-jalan... berkenan nak buat bilik pengantin cenggini

agak-agak ok tak? ke old fashion? tapi macam sweet je sebab ada tirai macam ni... its cost RM26 each kalau tak silap.

haaa pakwe I sorang ni memang camni... Anyway I lagi suka design yang bawah niii...

Nice & simple eh? Told mama, she likes it! Nanti I usulkan kat abe ipar kawe yang tersayang... orang kuat wedding I ni! Ni haaa dia! hehe

So berbalik pada agenda tadi... this is the sample of the treasure boxes yang I googled. Macam biasa terlupa nak snap pics... hiks

Siap je packing semua Pakwe I bayar... Treasure Boxes 95pcs It cost us RM750.50 - Member Disc RM600.40 which entitle us to get 3 free membership (RM200 above for purchased)

1 for me

1 for my mother in law

1 for Ain Pain - Dia ni memang bukan minah inggeris type BUT in future she might need it for weds preps...so amik je! hehe

xoxo!

Onde-Onde mama

nyam nyam... kaler pepel & hijau... I like!

I betul lupa nak snap the progress pics... also the gula melaka yang I potong bergaya tu (mama I cakap la pasal it turns out into tiny cute cubes)... tak teringat, tapi senang je buat ni. Semua pun tau... & kulit dia ala2 kulit dumpling, hehe tak abis2 dimsum I ni kan? lol

P.s: Yang sebenarnya tengah lapar ni ;p

xoxo!

My new jogging shoes - Reebox

Old pair had broken, yelah like what.... 8-9 years ago? Got it from PLKN! ye I kena PLKN, its a good experience although I tak berapa nak minat. :) ok tamo bercerita pasal PLKN ... huhu

So people, here comes a new pair!

Murah tau ni... normal price RM289 and I bought for only RM99. Alhamdulillah tiap kali mesti Allah permudahkan dapat diskaun...hik hik!

Esoknya tu try dah.. pergi jogging kat Community Club... Comfort cuma I jer cepat pancit... my leg still injured pasal skipping tu... adehhh lol tapi cantik tau pemandangan kat sini... sangat tenang & tak panas sangat! I love it :)

Since that day I belum lagi pakai dia... ok baby shoes, get ready anytime on this week, kita continue berjalan yah, kata nak slim melim kan? ahaks

xoxo!

RVC - for Sinful Red Velvet Cake

My baby sister request... entah apa kena loraatttt nak RVC...

Demi adik tercinta ku gagahi juaa.... nahh! Red Velvet Cake with love...

Menjadi & my baby sister Ain Pain sukaaaaa... but a little too sweet coz I tersilap letak gula bila kacau dengan Whipping cream yang sedia manis tu... so kali ni Red Velvet I agak potong kaki... hiks3

Sorry didnt manage to take pictures cakes sliced. Selamat di baham boya-boya di rumah...hiks

xoxo!

My Sayang Birthday Lunch treats

I bought from GROUPON - That day we supposed to go to the Mak andam boutique tapi kami terlewat, since then kami singgah ke Alamanda to redeemed the voucher. Overall memang pretty awesome... for only RM49 u'll get all of this, memang highly recommended.

Mussels ni memang terbaekkkkk I tell you...

All you have to do buy online & redeemed it without paying the taxes... orang kata bawa perut je...huhu

Andddddd....

We go back with full house stomach & happy faces... hehe

xoxo

Beloved Fiancé not-so-surprise birthday dinner!

I am thankful to have this family...

Now, let picture do the talking... ;)

xoxo!

Dim Sum maniaaaa!!

Myself special request... huhu entah nape teringin sangat & keinginan nak try buat siew mai ni membuak2!

Anyway overall it wasnt that bad cuma I tak minced the chicken & put too much sesame oil & ginger sliced so rasa dia agak kuat... chicken tu I sempat potong dadu yelah that time nak kejar masa almost 7pm baru start... nak deco nak kukus lagi takes time tu. Bila pulak nak makan kan??

Semua yang merasa cakap sedap... as for me I still tak puas hati sebab tak jadi exactly macam I makan kat kedai tuuu.... takpe, kita akan adakan percubaan ke dua nanti...hehe

till then jom kita layan rupa siew mai I yang molek niii ... hehe

xoxo!

Thursday, 2 May 2013

Tak Sabarnya...

Ya Allah tak sabar! tak sabar! serius....lambatnya masa berlalu arini... ni la penangan I tidur lambat di sebabkan tengok citer chinese action movie... siapa lagi kalau bukan pelakon utama watak IP Man tu... hehe sorryla I malas nak google nama dia... ;p Selalu je menyimpan hasrat nak tidur awal tapi selalu terbabas... adehhh

huh, harap-harap I boleh tidur awal arini...mek pain ada kat rumah so boleh kot, sebab dia ada boleh melayan ayahanda & bonda ku yang tersayang tu...

kat bawah ni dah set dalam kepala dah... huhu Firstlyyyyyy :-

- Mau pulang dari tempat kerja... & sebelum tu kenaaaaa :-

* Pergi Butik Don Khair bayar deposit 50% baju nikah

** Ingat nak manjakan diri jap pegi Saloon treatment, cut, wash, neck massage & blow ke kan...

** kalau tak pun, nak pergi KL g ambil baju wedding dress yang I tempah tu, but I pasti mesti en abg sayang cakap nanti je pegi ambil, beliau memang liat sikit nak turun KL alasan jamm! adussss dah dekat sebulan peram kat umah kakak tu :( takpelah I pun tak larat, weekend kot I pergi ambil.. hmmp!

* Siapkan dinner untuk ayah mama

* duduk minum-minum

And last but not least :-

- tebabooooo... lompat atas katil!!!!! yeay betapa HEAVEN nyaaaa....

xoxo

The Ohsem of IRONMAN 3

Assalamualaikum and afternoon world!...

Hari ni just memulakan hari seperti biasa kerja pas cuti LABOUR DAY semalam and bla bla bla... Straight to point! hehe...

And tadaaaaaaaa...!!!

Like finally! I dapat jugak tengok IRON MAN 3. Lepas banyak movie kami terlepas due to circumstances giteww! almaklumlah, dah nak dekat kawin ni makin menjadi schedule manjang penuh. adehhh

So berbalik pada tajuk utama kita tadi, banyak jugak feedback yang kata kali nih Ironman 3 kurang power... entahlah........................ I rasa best jer hebat jerr.... tapi I rasa macam nak ngamuk jer when I was told that this is the finale for Ironman! Cannot be! *tak puas hati* ... en abg sayang kata its not finale, dari situ la permulaan Marvel's movie muncul & perhaps tony stark nak buat Ironman yang lagi hebat? huhu :p

But according to my big brother, Mandarin was the watak jahat utama Ironman kalau follow dalam komik. hurmm... not so sure lah yang tu coz I tak follow pun. Masa kecil I diluangkan untuk si cantik barbie saje.. hiks!

Hah, kali ni I purchased online...since hot movie kan, mesti wayang full punya lah. Nak di jadikan cerita, tengah2 google benda lain bolehkan terkeluar promotion ni... kebetulan en abg sayang memang nakkkkk sangat tengok Ironman 3 .... rejeki tu nampak tak? ehek ;l

Enjoy your favourite blockbuster movies from RM7 with TGV Cinemas RM7 Movie Tickets Promotion. Offer valid for movies before 12pm daily inclusive of weekends & public holiday.

Duration: Starting from 18th April 2013 onwards for All-Year-Long

haaa ni nak citer sikit, I memang serik la nak keluar 45min sebelum the showtime... I suspek eh silap I assume jalan smooth je kan, yelah pagi kot around 1040am kami keluar... sepanjang semenyih sampai ke balakong ok la smooth, tiba je kat MINES, pehhhh giler jamm... endup kami terlewat 20min after showtime sedey!! Tapi takpe lah asalkan dapat jugak tengok kann :) itupun nasib baik lah counter collect booking ticket tak ramai queue 2-3 orang, kalau yang walk in beli, fuhhh panjang giler, kalau itu lah queue yang kami perlu tempuh just to collect the ticket, I surrender kot ...huhu

Overall I can say, buying online ni indeed sangat efficient hokkay pasal tak perlu beratur panjang buang masa, all u just need is buy online (booking charges RM1 jer), keep the booking number & redeem at the collect booking ticket @ CITIBANK queue line. Also, u'll get cheaper price at only RM7 if you book before 12pm. Thats all. Mudah sangat berbaloi-baloi bukan? :)

Give it a try yea!

P.S hint: Tony Stark lakonan si Robert Downey, Jr... he's handsome *meltinggggg!*

xoxo