Terfikir I akan bertapa cepatnya sekali masa itu berlalu. Bila melihatkan kad-kad jemputan kawin yang dibuat melalui FB, penghantaran di rumah dan sebagainya membuatkan kadang-kadang I merasakan bahawa inilah dia kehidupan putaran alam... we grow up, growing & grow old... hmm
Lebih teruja apabila merasakan ianya sesuatu yang berada dalam mimpi ataupun I sedang melihat sebuah filem yang panjang... yang mana I tertunggu-tunggu kesudahannya... which is memang tak la, we definitely dont know what comes future kan. :) Bayangkan, kawan-kawan I di Maxis dulu yang dulunya single mingle, sibuk mencari gf yang tak kunjung tiba... enjoy sana sini but now mereka-mereka itu telah pun bertemu pasangan masing-masing dan kelihatan bahagia sekali... MOOD BUNGA BUNGA CINTA... huhu I feel so happy, tak terkata...
Namun, itulah yang I katakan tadi, bagaikan tak percaya pulak kawan-kawanku kini bakal bergelar seorang suami dan mempunyai tanggungjawab yang besar selain mempunyai bahtera masing-masing untuk dilayarkan. oh rinduuuuuunya masa dolu-dolu kami bersama!
Itu soal yang baru berkahwin dan membuat jemputan. Jika dilihat lagi, kawan-kawan sekolah rendah I, ramai diantara mereka yang telah meletakkan gambar-gambar anak masing-masing di wall FB. Seolah-olah mereka kini jauh lebih dari sebelumnya. Bukan sahaja sebagai suami, tetapi kini sebagai seorang ayah/bapa kepada seorang kanak-kanak. Allahurobbi.. Cepatnya masa berlalu... Dulunya mereka-mereka ini adalah kawan yang duduk melepak sekali, tapi kini telah punyai keluarga dan perlukan perancangan yang baik untuk memeta halatuju keluarga masing-masing. Itulah yang membuatkan I kadang-kadang seakan tak percaya pulak sepantas ini masa berlalu...
Bagi bulan depan JUNE 2013, kawan lama I di Maxis bakal mendirikan rumah tangga, dia ni baik orangnya malah ada pernah dorang nak kenenkan kami tapi I dah ada BF masa tu, lgpun memang tak feel la kami cuma sekadar kawan je boleh... dorang memang kuat mengusik, so memang tak masuk kat hati pun. Anyway tahniah my friend... semoga bahagia dan berkekalan hendaknya. Begitulah cepatnya masa berlalu. Tau-tau saja I dah menjangkau usia ke 27 tahun. I pun semakin tuaaaaaa, oh sedihnyaaaa! :(
Insaf I akan firman Allah dalam surah Al-Asr(ayat 1- 3)"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
Masa akan meninggalkan kita sekiranya kita leka dan alpa. Justeru itu, marilah kita memperbanyakkan amal kita untuk bekalan kita bagi bertemu Allah S.w.t di destinasi kekal kita - Akhirat- ,, Insya Allah.
xoxo
No comments:
Post a Comment