Assalammualaikum...
Hidup selepas berkahwin memang segala2nya akan berubah. Dari single, kini hidup berdua merupakan satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai :') Setiap hari merupakan hari-hari yang bahagia.Wahh ayat macam novel u! hiks oh well tapi perkahwinan ni ada juga pahitnya kadangkala tapi I percaya a successful marriage means commitment, care, tolerance of each other's differences, and respect for one another. It is the responsibility of both partners to make efforts towards keeping their marital relation healthy and happy. Asam garam rumah tangga pasti berlaku cumanya pandai atau tidak kita tanganinya.
Tak di nafikan selepas berkahwin I dapat merasakan betapa nikmatnya sebuah perkahwinan yang "halal" di sisi Allah SWT.
Ingat lagi pada bulan November... selepas 4 bulan kami mendirikan rumah tangga (tapi rasa macam dah 14 tahun...hihi) tiba-tiba terdetik satu perasaan yang I takut nak luahkan sebab memang I tak ready infact both of us. For HAVING A BABY... Yup! just like that keinginan tu membuak... Yes, I pernah mentioned dulu memang kami nak honeymoon dulu atleast 6 months to a year until we are ready to have a baby. Tapi kan, honestly speaking rupanya perasaan orang dah kawin ni memang lain macam sikit. Kalau nak dikatakan sedia atau tak untuk menimang cahaya mata, mungkin dari segi terpaksa bekorban untuk bangun pagi, jaga anak & all that. But Insya Allah sekarang ni I mempunyai satu tahap keyakinan yang agak tinggi walaupun sebelum ini tahap keyakinannya agak kurang membantu... huhu Apa yang terlintas dalam fikiran ni yang menyebabkan saya seolah2 bersedia dari setiap sudut untuk menjadi seorang ibu adalah kerana melihat sendiri kakak2 sy melahirkan anak2 yang begitu comel... suami pun memang sukakan budak2, the truth dia macam ada aura bila duduk dengan budak-budak. Ramai budak-budak seperti suka dengan dia bila mereka bersama ok, pandai melawak until kalau we all terperasan pun kami skali tergelak tengok gelagat dia.heheee.. Bermain dengan kanak2 ni... seolah2 satu perasaan yang sukar di gambarkan bila balik penat dari tempat kerja, menerpa anak & bermain ...melihat keletah baby ...perasaan penat tu hilang serta merta... Sampai bila kan nak ada di comfort zone. Dulu-dulu ibubapa kita juga bekorban macam tu juga.
I seorang finance executive di sebuah syarikat telecommunication... you all mesti faham situasi seorang kerani akaun yang kejenya dealing with numbers selalu. Physically memang tak but mentally tak perlu la I cakap. Memang penat. That is why I was wondering how am I going to handle all this things ....if tidur tak cukup... confirm kepala pun blur. But sampai bila kan..... tak kan sebabkan keje I xnk zuriat. No way... I percaya ada hikmah & rezekinya tu nanti... When the time has come... ada solution nya nanti :) I always believe in that :))
Beberapa bulan yang lepas, setiap hari I akan pandang muka suami dan berborak-borak dari mata ke mata dan turun ke hati.*Cewahhh..hihi. Suami pun pandang agak pelik. Pada suatu hari tu terkeluar daripada mulut mau jalani kehidupan suami isteri ditemani orang ketiga dari darah daging sendiri. Dengan selamber keluar "Yanggg, I nak baby?!" Bulat mata suami ku..akekeke Pada mulanya hati dia agak berat untuk mengatakan "iyo". Sebabnye walaupun dia cukup memberi dorongan dan semangat, dia pun ada memikirkan keadaan kerja I yang stress tak menentu & masih lagi sedang membiasakan diri memikul tanggungjawab as a wifey.....
Setelah penat lelah kami berbincang tentang baby punya cerita ini makanya pada penghujung Nov yang lalu kami tekad untuk hentikan rancangan family planning itu. hew hew. Dengan kegigihan & kekomited'annya kami berusaha... makin rancak hari-hari ok. opps!
So, lepas minggu ke 3 tu... I dapat merasakan kelainan perut I feeling lain macam, asyik sakit macam nak period, kerap bangun buang air kecil tengah malam. Infact suami pun tegur 'Jlo' I makin bam bam. tetiba terkeluar dari mulut dia... "entah2 ayang mengandung tak?!" bulat mata I... eh ye ke? tak kottt.... padahal dalam hati... "wahhh harap2 betul lah!" hihi
Tak buang masa, ke WATSON terus beli Pregnancy Test tu... try try negative. Punah harapan.. balik ke rumah ayah mama, tiba mama tegur "kenapa macam lesu tak sihat je ni? ke dah ada ur... ur... " haaa ur...ur tu kata singkatan pada ura-ura mengandung. :p macam-macam kan?!
I cakaplah tak kot sebab I pun baru test pregnancy tu. Cuma tak bagitau depa je. Malas nak heboh kan.. So simtom tu berpanjangan sampailah penghujung Dec 2013. Semua pun cakap I mengandung bila suami ku terlantar deman tak kebah seminggu which doctor expect denggi.. I pula lesu & xde energy tapi siap bagi alasan kerja banyak stress. Padahal tiap minggu kot beli test sama jer. Last I beli garisannya ada dua tp samarrrr sangat so memang susah la nak recognise pregnant ke tak kan... orang dah duk happy ingat I pregnant. haisss Geramnyaaa... nampak tak dah stress kat situ. sebab everyone is expecting you are PREGNANT! huh!
Geram tak boleh jadi ni. Iyelah you know how it feels when U nak but its sooo unsure yet you're keep on thinking pregnant ke tak ni & nak buat itu ini makan itu ini tersekat sebab takut if betul pregnant memudaratkan pulak. Senang cerita, we decide to go to clinic. Klinik kesihatan gomen ok. Punya nak checkup detail terlanjur hantar suami untuk further checkup. hiks.
Friday morning 28th Dec if im not mistaken, I took EL. We go to clinic for checkup. It takes us about 2hrs jugak kot. Ramai. Selesai je checkup I pulak. Doctor check & tanya, I cakap pening macam nak fitam. huhu Doctor tanya lagi last period & kawin bila? So selesai dia suruh I do Urine Test which I have to pay RM15 for that. Cheap eh? :))
Wahh berdebar ok masa tu... hubby plak lately macam berharap sangat dapat coz dia pernah cakap dengan I dulu jangan cabar kelelakiannya coz sekali je buat mesti dapat terus. So bila dah test banyak kali result macam negative, member cam tak puas hati...akekekkeke
Tadaaaaa...nampak tak...nampak takkk??! Alhamdulillah!! Jumaat yang berkah uols. Doktor & misi pun mengucapkan tahniah ye... kandungan dah masuk dalam 7 minggu. Masa ni I rasa macam dalam drama ok, haha Perasaan bila telah di sahkan mengandung... Ya Allah tuhan saja yang maha mengetahui. Ok masa ni sehari suntuk I ulang tayang tengok dekat 10x. betul ke dalam perut I ade baby... eh tapi...eh betul la... nak sangkal apa lagi kan. Dah tentu depa punya diagnosis lagi berkesan dari yang beli kat watson2 tu. huh
En suami apalagi, senyum lebarrrrrr... hmmm ok ok, benarla katanya tuuu. hiks
Balik rumah terus share berita gembira kat ayahanda & bondaku tercinta. Juga kepada mertuaku. Alhamdulillah. Semua gembira sangat-sangat...tidak sesaat pun Allah melewatkan permintaan kami suami isteri...I bersyukur sangat-sangat.
En suami sujud syukur atas kurniaan ini... Alhamdulillah Alhamdulillah!!
xoxo
No comments:
Post a Comment